India memilih presiden baharu pada Isnin berikutan tempoh Presiden Ram Nath Kovind akan berakhir pada 24 Julai ini.
Keputusan siapa pengganti Kovind dijangka diumumkan pada Khamis.
Pemilihan kali ini menyaksikan persaingan di antara calon wanita Draupadi Murmu yang menerima sokongan Perikatan Demokratik Kebangsaan, NDA dan calon parti pembangkang, Yashwant Sinha.